Tanah jerlus: Pasukan SAR kesan sekatan sepanjang 15 meter

Dari Penulis

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) telah mengesan satu sekatan sepanjang 15 meter selepas melakukan ujian perlepasan tong dari lokasi tanah jerlus sehingga ke Wisma Yakin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk TS Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya telah melepaskan dua tong dari lubang korekan selama dua hari namun didapati tidak sampai ke Loji Kumbahan Indah Water Konsortium di Pantai Dalam.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat dua pendekatan utama iaitu membahagikan sebahagian aliran masuk untuk mengurangkan paras air serta menggunakan pam berkapasiti tinggi.

“Hasilnya, pada jam pukul 4 pagi tadi, kita telah berjaya menurunkan paras air dari daripada 1.5 meter kepada 0.8 meter saiz paip.

“Kamera telah dimasukkan dari dua arah. Didapati kamera dari atas tidak mengalami pengurangan air yang ketara.

“Bagaimanapun dari peringkat bawah didapati air telah turun kepada hampir separuh paip,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas Nor Hisham, hasil pembacaan jarak gerakan kamera itu, pihaknya percaya terdapat halangan di dalam paip daripada jarak lurang kumbahan di Wisma Yakin kira-kira 7.6 meter.

“Kita mengesan backlog (sekatan) kira-kira 15 meter panjangnya, ujarnya.

Mengulas lanjut, pada pukul 5 petang tadi pihaknya telah memulakan usaha untuk merungkaikan sekatan tersebut.

“Kita dah mulakan gerakan, dan kalau ‘backlog’ kita berjaya rungkaikan Insya-Allah kita akan mula boleh nampak keseluruhan permukaan kawasan itu,” ujarnya.

Tambahnya, paras air yang terkumpul di dalam sekatan berkenaan boleh menyebabkan risiko tinggi kepada pasukan SAR.

Justeru, kerja-kerja mengalihkan sekatan terbabit perlu dibuat secara berhati-hati.

Katanya, seramai empat penyelam pakar dari Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara telah hadir ke lokasi untuk melihat peluang untuk menyelam sejak semalam.

“Berdasarkan pemerhatian, had laju air di Wisma Yakin berada di paras yang hanya boleh bergerak pada kadar sedikit sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihak pasukan penyelamat telah dipanggil oleh Menteri Wilayah Dr. Zaliha Mustafa bagi membincangkan hala tuju pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India ini.

“Agensi yang terlibat dalam pencarian ini telah mentaklimatkan segala usaha-usaha mengesan mangsa.

“Menteri Wilayah telah bersetuju untuk pihak penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang hilang ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This