Bagi anda yang mempunyai hobi memasak, tentu anda sudah tidak asing lagi dengan peralatan dapur terutamanya pisau. Tetapi tahukah anda, pisau yang sering digunakan itu betul atau tidak dengan fungsinya. Bagi anda yang ingin memasak dengan cepat, mungkin anda tidak akan terlalu memikirkan hal ini, tetapi bagi tukang masak profesional pemilihan jenis pisau harus disesuaikan dengan fungsi dan kegunaannya. Ayuh..! Kita kenali 15 jenis pisau, yang mungkin ada sebahagiannya anda tidak tahu.
PISAU KEJU
- Mempunyai bilah yang nipis serta berbentuk.
- Memudahkan memotong keju yang lembut mahupun yang keras.
- Bilah pisaunya melengkung dan lebar serta pendek.
- Hujung pisau bercabang memudahkan untuk mengangkat keju selepas dipotong.
PISAU SEJUK BEKU
- Sesuai untuk memotong bahan yang separa keras dan beku.
- Bilah pisau mempunyai mata yang berjeriji dan bergigi.
- Ia mempunyai daya tahan suhu beku dan berat.
- Matanya tahan lasak, membolehkan ia memotong blok ais dan daging beku.
PISAU CARVING/SLICING
- Sesuai untuk memotong makanan yang sudah dimasak, dan disajikan seperti daging salai, ayam panggang dan ikan.
PISAU MENTEGA
- Pisau kecil dengan mata yang tumpul ini digunakan untuk menyapu mentega, mentega kacang dan keju pada roti.
- Pisau ini kebiasaannya mempunyai bentuk yang sama dengan set sudu dan garpu.
PISAU SASHIMI
- Pisau ini adalah pisau tradisional Jepun.
- Mempunyai mata yang tajam set nipis membuatkan ia mudah diasah.
- Saiz panjangnya di antara 12 hingga 18 inci panjang.
- Sesuai untuk menghiris dan bukan untuk mencincang kerana ia akan membuatkan mata bilah rosak dan tumpul. Biasanya ia digunakan untuk membuat sushi.
PISAU CHEF
- Ia juga dikenali sebagai pisau masakan, digunakan untuk semua jenis potongan seperti mencincang, menghiris, memotong dadu dan sebagainya.
- Pisau yang kecil dikenali sebagai pisau chef mini dan yang besar dikenali sebagai pisau chef tradisional.
PISAU BONING
- Dikenali sebagai pisau pelbagai guna serta mempunyai tugas yang sama seperti pisau paring.
- Reka bentuknya melengkung ke dalam pada mata bilas dan belakang pisau.
- Pisau ini biasanya digunakan untuk potongan pada sayuran seperti lobak dan kentang.
PISAU MENCINCANG
- Pisau kecil ini berbentuk lurus, mata pisau yang tajam dan mempunyai panjang 3 inci sehingga 5 inci.
- Ia nipis dari hujung pisau hingga ke pangkal.
- Pisau ini mudah digunakan untuk membuang kulit, mencincang dan memotong bahan kecil seperti bawang kecil, bawang putih atau daun herba segar.
PISAU BERGERIGI (SERRATED)
- Pisau ini mempunyai ketajaman seperti gergaji.
- Mempunyai saiz 5 inci sehingga 10 inci panjang dan di gunakan untuk memotong makanan yang lembut pada luarnya dan keras pada bahagian dalamnya seperti kulit roti yang keras.
PISAU DELI
- Direka khas untuk memotong sandwich yang tebal, ia mudah dan cepat.
- Diperbuat daripada besi karbon, bilahnya memudahkan proses memotong roti dan pengawalan.
- Ia mempunyai bilah yang panjang, memudahkan untuk memotong secara menolak dan menarik tanpa tekanan kepada makanan.
PISAU DAGING PANGGANG
- Pisau ini panjang dan digunakan untuk memotong atau menghiris daging panggang.
- Bilah pisaunya yang panjang, memudahkan proses memotong daging yang besar.
PISAU SANTOKU
- Pisau jenis ini biasa digunakan semasa menyediakan bahan masakan.
- Terdapat dua jenis bilah pisau iaitu pisau mata biasa dan bilah berlekuk-lekuk yang dikenali sebagi bilah graton. Ia direka bagi mengelakkan bahan yang dipotong tidak melekat pada pisau, mudah dikendalikan dan lebih cepat memotong.
- Pisau ini banyak dihasilkan dalam pelbagai jenis bahan antaranya seperti besi berkarbon tinggi, ‘stainless steel’, seramik atau titanium.
PISAU FILET
- Pisau ini agak nipis dan mudah di lentur, dan digunakan untuk memotong isi ikan.
- Reka bentuknya yang melengkung membolehkan pisau ini dipotong mengikut bentuk tulang ikan
- Ia juga membantu untuk menghiris kulit ikan bagi mendapatkan isi ikan yang cantik.
PISAU CLEAVER
- Pisau ini juga dikenali sebagai chopper. Reka bentuknya melengkung dan tajam untuk memotong, mencincang, menghancurkan bahan masakan menjadi mudah.
- Belakang pisau yang tebal dan berat membantu keseimbangan pada pisau ini serta memudahkan ia memotong bahan yang keras seperti tulang.
- Bahagian belakang yang tumpul dan rata pula boleh digunakan untuk melembutkan daging.
- Bilah pisau yang lebar digunakan untuk menghancurkan bahan masakan seperti bawang putih, bijirin dan sebagainya.
PISAU CHAM
- Pisau ini digunakan untuk membuka kulit cengkerang yang keras seperti kupang dan tiram untuk mengeluarkan isinya.
- Hujung pisau yang tajam dan tebal serta membolehkan ia menusuk di antara cengkerang yang keras.
- Selepas itu, ia akan di pusingkan untuk membuka cengkerang tersebut. Matanya yang tajam digunakan untuk memotong isi daripada kulit cengkerang.