MINDEF sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertahanan menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi pasukan pengaman di bawah badan dunia itu dalam menjalankan tugas mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana teknologi AI semakin banyak diaplikasikan dalam bidang ketenteraan di seluruh dunia.

“Susulan pertemuan dua hala dengan PBB hari ini, mereka akan membawa isu ini ke peringkat PBB untuk meneliti keberkesanan penggunaan teknologi AI dalam operasi ketenteraan.

“Ini akan menjadi tumpuan utama pada mesyuarat dan perbincangan PBB dua bulan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama Wakil Tinggi PBB bagi Hal Ehwal Pelucutan Senjata Nakamitsu Izumu, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This