Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat petang ini untuk membincangkan tentang draf memorandum persefahaman (MOU) berhubung peruntukan pembangkang yang telah dikemukakan kerajaan.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, PN akan mendengar pandangan kesemua ahli Parlimennya termasuk berhubung syarat yang ditetapkan dalam MoU tersebut.

Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian tidak memberi maklumat lanjut mengenai masa dan lokasi mesyuarat tersebut berlangsung.

Katanya, program tersebut akan diadakan secara tertutup.

“Mesyuarat ini dijangka menyediakan maklum balas pandangan PN.

“Selain MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang, mesyuarat PN juga dijangka membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan beberapa perkara berkaitan sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Baca artikel lain: Draf MoU peruntukan pembangkang, kerajaan belum terima maklum balas – Fadillah

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata, jumlah peruntukan kepada pembangkang itu tidak dinyatakan dalam draf berkenaan kerana terma yang digariskan masih belum dipersetujui PN.

Fadillah dipetik berkata, jumlah itu hanya akan diumumkan selepas keseluruhan terma terkandung dalam MoU itu dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada 2 September lalu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa terdapat tujuh syarat yang perlu dipenuhi ahli Parlimen pembangkang sebelum menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Takiyuddin, tujuh syarat yang didakwanya ditetapkan kerajaan itu terkandung dalam draf MoU berhubung peruntukan pembangkang yang diterima beliau pada 6 Ogos lalu.

Antara syarat yang didakwa dikenakan dalam MoU tersebut termasuk pengisytiharan harta; sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen ke-15 dan perkara berkaitan agama, bangsa dan raja-raja (3R).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram