KERAJAAN Madani menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dalam talian, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, kerajaan telah mengenal pasti langkah-langkah yang lebih mapan dan berkesan untuk memastikan internet lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.
“Seperti yang sedia maklum, kita tidak berhasrat untuk meneruskan penghalaan DNS. Saya telah meminta pihak MCMC meneruskan sesi libat urus yang telah diadakan selama mungkin yang telah bermula enam bulan lalu.
“Ini dengan melibatkan lebih banyak pandangan daripada pakar, siber sekuriti, developer dan programmer. Kita tidak berkompromi dalam isu keselamatan dalam talian dan kita akan mengenal pasti langkah-langkah yang lebih mapan dan lebih berkesan untuk memastikan internet lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.
Terdahulu, MCMC diminta untuk tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan DNS.
Fahmi sebelum ini berkata, arahan untuk tidak meneruskan pelaksanaan kaedah itu setelah mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC dan daripada khalayak umum.
Pada masa sama, beliau berkata, MCMC akan meneruskan siri libat urus bersama semua pemegang taruh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram