Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa (tengah).

BEKAS Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH) Properties yang baharu.

TH Properties dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial berkata, perlantikan itu telah berkuatkuasa pada 1 Ogos lalu.

Menurut TH Properties, Husam yang pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dilihat sebagai figura yang tepat bagi membawa misi dan visi syarikat ke arah yang lebih progresif.

“Menerusi portfolio dan pengalaman Husam, Ahli Lembaga Pengarah yakin bahawa syarikat ini akan menunjukkan prestasi yang lebih baik sekaligus mengangkat penjenamaan Kumpulan Syarikat TH Properties sebaris dengan pemain industri hartanah yang lain.

“Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan seluruh warga kerja mengucapkan selamat datang kepada beliau ke Kumpulan Syarikat TH Properties,” jelas TH Properties.

Untuk rekod, TH Properties adalah syarikat pemaju milik penuh Lembaga Tabung Haji.

Antara projeknya yang terkenal ialah pembangunan Bandar Enstek di tanah seluas 5,119 tidak jauh dari lapangan terbang KLIA di Sepang.

Husam kini tidak aktif lagi dalam politik setelah kalah dalam dua pilhan raya umum terakhir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram