Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam.
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dan menahan wanita terbabit pada 6 petang.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaganya.
Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram