Kiddytopia, satu-satunya jenama pertama yang menggabungkan kafe, taman permainan dalaman, dan permainan penggalian konsol kini mengukuhkan jenama dengan memperkenalkan kafe mini, Kiddycafe di cawangannya di IOI City Mall, Putrajaya.
Pengarah Urusan Kiddytopia, Akmal Adib Mainong berkata, pihaknya komited dalam memberikan pengalaman istimewa buat kanak-kanak dan ibu bapa dalam mencipta memori bersama.
“Tarikan baharu ini akan bermula sepanjang musim cuti sekolah, malah Kiddycafe adalah satu lagi segmen perniagaan baharu kami selain Kiddyride dalam usaha untuk memberi tambah nilai kepada pelanggan.
“Justeru kami menawarkan menu Surfries yang menjadi kegilaan kanak-kanak untuk dinikmati termasuk empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries dan steak fries.
“Malah menu ini datang bersama pakej kombo yang sempurna di mana pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan apabila membelinya dan layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa ais krim pada harga hanya RM5 yang dilancarkan bermula pada 14 September ini.
““Kami mahu ibu bapa yang menemani anak-anak turut selesa dengan segala kemudahan tersedia di dalam. Kami turut menyediakan surau dan ruangan menyusu di sini,” katanya dalam usaha mengukuhkan jenama itu yang beroperasi sejak 2019.
Sementara itu, Ketua Koki Eksekutif Kiddycafe, Chef Nor Arazman memberitahu, bahan-bahan menu yang digunakan bermutu berkualiti agar berbaloi dinikmati setiap pelanggan.
“Hidangan di sini menggunakan bahan-bahan premium dan semua resipi diolah bagi memenuhi selera mereka yang berkunjung,” katanya.
Kiddytopia ditubuhkan pada tahun 2019 dan kini mempunya tiga cawangan di Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey, dan Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya. Harga pas masuk ke Kiddytopia bermula RM45 hingga RM55 adalah berkonsepkan pas sehari di mana kanak-kanak boleh keluar dan masuk tanpa had dalam masa sehari manakala tiada bayaran dikenakan kepada ibu bapa.