SEORANG pemandu e-hailing meninggal dunia selepas tersepit di bawah kenderaan pelbagai guna selepas terlibat dalam kemalangan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 dekat Sepang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 6.57 pagi.
Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi memaklumkan, kemalangan melibatkan tiga buah kereta.
“Terdapat seorang lelaki tersepit dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa Abd Ghani Abd Karim, 55, berbangsa Kemboja telah disahkan meninggal dunia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram