Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. GAMBAR: Abd Razak Aid

CADANGAN untuk mewajibkan pensijilan halal hanya akan dilaksanakan selepas pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar selesai.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pembentangan itu akan dilakukan oleh Menteri Agama pada minggu hadapan.

Jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah meminta Menteri Agama untuk menyediakan laporan berhubung perkara tersebut.

“Perdana Menteri telah meminta Menteri Agama untuk menyediakan laporan serta langkah seterusnya untuk dibentang dalam mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

“Isu pensijilan halal memang dari semasa ke semasa dibincangkan terutama dari segi pelaksanaan. Tetapi dari segi pelaksanaan, kita perlu tunggu pembentangan oleh Menteri Agama pada minggu hadapan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

Baru-baru ini, Teresa dalam satu kenyataan di media sosial dilaporkan berkata, pelaksanaan pensijilan halal harus bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Beliau berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

Khamis lalu, , berkata JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, polis membuka kertas siasatan terhadap Teresa bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya menerima lima laporan di seluruh negara berkaitan kenyataan itu.

Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram