MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bimbang sektor pertanian negara dimonopoli tenaga kerja asing kerana ada rakyat tempatan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing sehingga menyebabkan monopoli golongan itu.
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, kegiatan itu perlu dihentikan segera bagi memastikan sektor pertanian dikuasai pengusaha dan pekerja tempatan.
“Lesen Ali (Bumiputera), tetapi yang buat Baba (warga asing). Macam buat bendang, kita kena lihat dengan serius kenapa di Sekinchan, Selangor berjaya. Orang kita apabila buat kerja sendiri kadang-kadang tidak boleh (fokus), tetapi kalau kaum lain, apabila mereka buat kerja sendiri, mereka (fokus) betul sampai ke malam.
“Kita tak mahu (kisah) lama berulang, kalau 60-an, 70-an dan 80-an dan 90-an, Ali…Ali ini dalam kalangan Bumiputera yang memiliki lesen dan mendapat peluang (perniagaan), menjadi pengerusi dan sebagainya, tetapi yang menjalankan kerja Baba. Baba ini biasanya dari kalangan Tiong Hua.
“Tahun 2000 ke atas Ali tidak berubah, tetap Ali yang mendapat peluang, mendapat lesen, menjadi pengerusi, tetapi yang menjalankan kerjanya Bangla (warga Bangladesh),” katanya menurut Harian Metro selepas Konvensyen Agro Madani 2024 di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Berita Harian pernah melaporkan rantaian perbekalan sayur tempatan didakwa mula dikuasai pendatang asing yang dipercayai memperluaskan kebun diusahakan mereka secara haram dengan saiz keseluruhan kini dikatakan hampir 1,000 hektar.
Kegiatan itu dikatakan mula aktif sejak lima tahun lalu, menurut pendedahan Persekutuan Penanam Sayur-sayuran Malaysia yang membuat pemantau dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara.
Pengerusinya, Lim Ser Kwee, dilaporkan mendakwa warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya kini membina rangkaian dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram