KIRA-KIRA 35,000 akaun pengguna di daerah Kota Setar dan sebahagian Kubang Pasu terjejas selepas Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1 terpaksa dihenti tugas mulai pukul 1 pagi tadi.
Ia susulan peningkatan air sungai ke paras kritikal di muka sauk disebabkan hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu.
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dalam kenyataan berkata, antara kawasan terjejas adalah Pekan Alor Setar; Mergong; Mentaloon; Hutan Kampung; Tanjung Musang; Bukit Pinang; Kepala Batas; Tok Jalai dan lain-lain.
Menurut SADA, masih belum dapat dipastikan bila LRA Bukit Pinang itu dapat beroperasi semula.
“Ia memandangkan paras air masih lagi pada paras kritikal dan telah menenggelamkan aset-aset mekanikal dan elektrikal di LRA tersebut,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: Kerjasama erat PETRA, Johor pastikan bekalan air, tenaga mencukupi untuk pelabur
Mengulas lanjut, SADA memaklumkan, selain insiden banjir, beberapa LRA lain juga berisiko terkesan dengan isu kerosakan sistem elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut mengalami kerosakan akibat bencana ribut taufan dan pokok tumbang.
Bagi mengurangkan beban pengguna yang terjejas, SADA memberitahu, tindakan segera melalui penghantaran lori tangki air dan penempatan tangki statik di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sedang dilaksanakan pada masa ini.
Jelasnya, ia selaras dengan kehendak peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 54(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
“Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa menerusi platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my atau hubungi i-SADA di talian 1300-88-0017,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram