Keema atau Kima masakan yang mengabungkan rempah-ratus yang berasal dari Arab. Enak di makan bersama roti nan, dan ia merupakan hidangan sarapan pagi yang cukup istimewa. Selkain pengunaan daging, boleh juga digantikan dengan ayam. Ikutlah selera masing-masing.
KEEMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
500 gm isi ayam kisar
2 labu bawang besar – dadu kecil
2 helai daun bay
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 cawan puri tomato
3 sudu besar kacang pis
2 sudu besar jagung biji
3 tangkai daun taim
Sedikit serbuk lada hitam
Gula dan garam
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan minyak, tumis bawang sehingga layu.
- Masukkan daun bay, serbuk lada hitam, daun taim, serbuk kari dan serbuk jintan. Tumis sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan isi ayam kisar dan tumis sehingga ayam masak. Jika suka boleh juga gantikan dengan daging kisar.
- Akhir sekali masukkan puri tomato, kacang pis, jagung, tuangkan sedikit air, gula dan garam. Biarkan kuah pekat.