HARGA RM26 sekampit beras pek 10 kilogram (kg) yang dijual di karnival jualan murah tidak dapat dikekalkan, susulan kenaikan harga padi yang kini mencecah hampir RM2,000 bagi satu metrik tan.
Pengerusi Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kerajaan mungkin tidak boleh mengekalkan harga lama di mana-mana karnival jualan murah.
Jelasnya, sekiranya perkara tersebut berlaku, di mana harga beras dikekalkan pesawah di seluruh negara akan menjadi mangsa.
“Jika kerajaan tetapkan harga beras tempatan pada harga yang tak munasabah, akan datang nanti nak jual RM30 bagi 10kg pun dah tak boleh.
“Jika buat juga, pesawahlah yang akan menjadi mangsa. Kenaikan harga padi antara RM1,750 hingga RM1,900 satu metrik tan sepatutnya harga beras tempatan yang dijual kini antara RM35 hingga RM36 bagi pek 10kg,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kejohanan Memancing Kelubong Challenge.
Sebelum ini, Syed Abu Hussin Hafiz dilapor mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
Katanya, melalui kaedah itu BPT dan Beras Putih Import (BPI) ditetapkan dalam satu harga bagi beras 10kg.
“Dalam cadangan awal saya untuk mengatasi masalah manipulasi harga ini ialah dengan letak satu harga bagi satu gred beras. Ini kerana ada pihak yang membungkus BPT dalam bungkusan BPI dengan tujuan untuk manipulasi.
“Kalau ada dua gred padahal beras yang sama, ia akan menyebabkan berlaku manipulasi di mana BPT akan dikampit dalam BPI yang lebih mahal.
“Inilah yang berlaku sekarang ini BPT berharga RM26 bagi 10kg tidak ada di pasaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram