Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam, adalah amanah kepada parti serta manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan kerajaan negeri Johor, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, mandat besar yang diterima pada PRK itu juga akan memperkuatkan lagi tekad BN untuk terus membawa politik kesederhanaan bersama rakan dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesungguhnya kemenangan ini adalah amanah rakyat yang memberikan keyakinan kepada BN untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda membangunkan negara dan menyejahterakan kehidupan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: UPSI hulur bantuan pelajar kurang berkemampuan

Beliau juga berharap, kemenangan itu akan menyuntik semangat membangunkan kembali seluruh potensi untuk bergerak membina kecemerlangan BN yang mendapat keyakinan dan sokongan rakyat.

BN mempertahankan kerusi DUN Mahkota pada PRK semalam apabila Syed Hussien yang mewakili Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram