Resipi : Chef Obie

PESAN SAJI : Sila gunakan loyang segi empat 10 x 10 inci untuk satu adunan resipi ini. Jika guna loyang 11 x 11 inci gunakan 1 ¾ adunan resipi. Jika guna loyang 12 x 12 inci gunakan 1 ½ adunan resipi.

TALAM MAYANG SARI

BAHAN LAPISAN BAWAH
200 gm tepung beras cap teratai
20 gm tepung ubi
1 ½ sudu kecil garam halus
300 ml santan pekat
700ml air pandan – kisar dan ditapis
Pewarna Hijau

BAHAN B:
100 gm keladi – rebus dan lenyek
100 gm ubi – rebus dan lenyek

BAHAN LAPISAN ATAS :
100 gm tepung gandum
250 gm gula kastor
4 biji telur gred A
200 ml santan pekat
400 ml air
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN :

  1. Bancuh ke semua bahan lapisan bawah dan tapis ke dalam periuk.
  2. Kacau atas api hingga naik wap. Masukkan bahan (B) kacau sebentar.
  3. Tuang dalam loyang dan kukus hingga masak.
  4. Campurkan ke semua bahan lapisan atas dan kacau rata, jangan sampai bergentel.
  5. Tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus lagi sehingga 20 minit.