Prof Dr Ok Saidin menyampaikan cenderahati samping tenun kepada Ismail Sabri

MAJELIS Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) berhasrat mengadakan kerjasama lebih erat dengan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) bagi mengukuhkan lagi kedudukan budaya bangsa Melayu.

MABMI menyampaikan hajat untuk menjalin kerjasama itu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail yang merupakan pengasas dan penaung SAABM dalam pertemuan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Umum Pengurus Besar MABMI, Prof Dr Ok Saidin SH berkata, pihaknya memandang tinggi usaha yang digerakkan oleh Ismail Sabri sewaktu pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia sehingga hari ini.

“Kami melihat beliau sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu.

“Telah banyak usaha yang dilaksanakan oleh beliau, seperti penggunaan Bahasa Melayu sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sesi Ke-77 pada 24 September 2022. Perkara tersebut adalah satu sejarah yang membanggakan buat orang Melayu,” katanya.

OK Saidin mengetuai delegasi MABMI melakukan kunjungan hormat ke atas Ismail Sabri bagi menyatakan hasrat dan jemputan mereka.

Baca artikel lain: Peranan Malaysia rapatkan hubungan ASEAN-China – Ismail Sabri

MABMI adalah sebuah lembaga sosiobudaya bagi menghimpunkan masyarakat Melayu Indonesia yang bermatlamat memelihara dan mengembangkan adat serta kebudayaan Melayu bagi masyarakat pendukungnya.

Dalam pertemuan ini, Ismail Sabri turut menghargai usaha MABMI yang ditubuhkan sejak tahun 1971 di Sumatera Utara.

Menurut Ismail Sabri, MABMI telah memainkan peranan yang sangat penting dalam melestarikan budaya Melayu terutama di Medan, Indonesia.

“Usaha mereka ini tidak tertumpu kepada memperkasa budaya Melayu sahaja, malah merentasi aspek ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Ismail Sabri turut berkongsi aspirasi yang sama dengan MABMI seperti usaha pemerkasaan Bahasa Melayu yang kian terpinggir dalam masyarakat hari ini.

Dalam pertemuan malam tadi, delegasi MABMI terdiri daripada Ok Saidin; Ketua Pengurus Besar, Asro Kamal Rokan; Ketua Pengurus Besar, Datuk Adil Fredy Haberham; Ketua Pengurus Besar; Azrin Naim dan Pengurus Besar, Faris Saleh Bashel.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram