SELEPAS melancarkan single terbarunya baru-baru ini, penyanyi ALVN kini memperkenalkan album terbarunya berjudul ‘between the lines’ pada showcase yang berlangung baru-baru ini.
Bertempat di ROM8 Studio di Sunway Damansara, showcase ini membolehkan ALVN berkongsi muzik terbaharunya dengan peminat.
“Persiapan untuk showcase ini agak hektik kerana saya sedang dalam penggambaran sebuah rancangan televisyen.
“Ini berlanjut hingga seminggu sebelum showcase dan saya terpaksa berjuang antara set selain perlu menghadiri latihan serta kelas vokal,” kata ALVN.
Dia juga akui agak gementar memandangkan ia adalah showcase pertamanya.
“Saya agak gugup kerana ini adalah kali pertama saya membuat persembahan dengan kumpulan muzik secara langsung dan menyanyikan lapan buah lagu.
“Saya rasa teruja tetapi gugup juga pada masa yang sama kerana saya rasa kebanyakan peminat menantikan pertunjukan ini.
“Saya telah lama berjanji dengan mereka tetapi tidak dapat merealisasikannya sehingga kini. Jadi apabila saya sampai ke titik ini, ia agak sukar untuk saya percaya,” katanya.
ALVN juga menyatakan bahawa showcase ini merupakan cabaran bagi dirinya kerana dia sudah lama tidak beraksi di pentas persembahan.
“Kini saya rasa ingin kembali ke dalam muzik tetapi ada beberapa cabaran yang semakin meningkat. Saya mesti pastikan vokal stabil dan dalam keadaan baik kerana saya benar-benar ingin memberikan yang terbaik untuk showcase ini,” ujarnya.
Persembahan langsung itu menawarkan pengalaman imersif yang unik dengan projek cahaya yang dipaparkan di sekitar dewan acara.
Tidak ketinggalan, KillaDriz, seorang artis yang ditampilkan malam itu, mempersembahkan interpretasi seni lagu-lagu dalam album ‘between the lines’ ALVN.
Antara sorotan lain dalam showcase ini termasuklah persembahan oleh Julia Duclos dan DISTORTED.