COMMERCE Access Sdn. Bhd. (CASB) mencipta sejarah apabila membawa pulang Anugerah Emas pada Anugerah Kecemerlangan Industri & Majlis Gala 2024, baru-baru ini.
Pada majlis yang berlangsung di Grand Ballroom Hotel Mandarin Oriental itu CASB memenangi Anugerah Emas bagi kategori ‘Best Outsourced Inbound Contact Centre Below 100 Seat’.
Naib Presidennya, Afidah Kamarudin berkata, kejayaan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen syarikat dalam menyumbang kepada kecemerlangan Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO) dan penyelesaian digital.
Katanya, anugerah ini juga merupakan dedikasi CASB dalam menyediakan khidmat sokongan yang cemerlang serta penyelesaian inovatif mengikut keperluan pelanggan.
“Anugerah ini adalah bukti usaha berterusan yang diberikan oleh pasukan kami dan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik.
Baca artikel lain: Mat Sabu terima kunjungan CEO MADACorp, muat naik gambar bersalaman
“Kami berusaha untuk menetapkan tahap standard yang tinggi bagi perkhidmatan pusat panggilan masuk dan pengiktirafan ini memberi inspirasi untuk kami terus memacu kecemerlangan dalam industri ini.
“Contact Centre Association of Malaysia (CCAM) menganjurkan anugerah ini dalam meraikan inovator industri yang telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan landskap pusat panggilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bertemakan ‘Celebrating The Stars’ Anugerah Kecemerlangan Industri & Majlis Gala 2024 dianjurkan oleh CCAM.
Inisiatif ini dijalankan untuk mengumpulkan pemimpin industri bagi menghargai pencapaian luar biasa mereka dan seterusnya membina rangkaian dalam sektor pusat panggilan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram