Masala sebenarnya adalah rempah campuran jintan putih, ketumbar, buah pelaga, lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala. Kesemua rempah ini dikisar halus dan diadun menjadi satu campuran. Rempah masala mempunyai banyak jenis dan ia mempunyai begitu banyak khasiat.
Garam masala ini sangat popular di kawasan India Utara. Garam bermaksud panas dan masala pula adalah gabungan rempah. Rempah garam masala mampu memanaskan badan dan meningkatkan suhu badan.
Jintan putih adalah salah satu sumber terbaik untuk zat besi antara semua rempah ini. Ia adalah ubat yang terbaik untuk kebanyakan masalah perut yang serius. Ia dapat membantu proses penghadaman kerana ia memudahkan pecahan molekul makanan dengan mudah.
Buah pelaga pula mampu bertindak sebagai agen nyah toksin dan menjalankan pembersihan buah pinggang. Ia juga berguna dalam mengubati masalah senak dan kembung.
Kayu manis pula, dapat mengurangkan tekanan darah, kolesterol dan gula. Salah satu kandungan zat yang ada dalam ketumbar adalah vitamin K yang berpotensi dalam membina tulang yang sihat.
Lada hitam boleh menghangatkan dan membuang angin dalam badan. Manfaat buah pala pula boleh mengubati penyakit insomnia iaitu penyakit susah tidur malam. Sementara bunga cengkih pula khasiatnya dapat mengubati jerawat, mengurangkan bau mulut dan sumber antioksida.
Rempah masala sememangnya berkhasiat dan patut kita amalkan dalam diet seharian kita. Jadi tak perlu ragu-ragu dan apa kata kita cuba resipi dari Chef Azli Razali yang diolah menggunakan rempah masala.
Stik Lembu Panggang Masala
BAHAN
600 gm daging lembu – potongan stik nipis
1 ½ sudu besar rempah masala
4 ulas bawang putih – kisar
2 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – hiris
¼ cawan yogurt
2 sudu kecil minyak kelapa
Garam secukup rasa
BAHAN SOS
¼ cawan yogurt
¼ cawan susu cair
CARA PENYEDIAAN :
- Satukan ke semua bahan dan perapkan dengan daging, selama 1 jam atau semalaman. Panaskan minyak dan gril atau panggang daging di atas api sederhana. Pastikan jangan sampai hangus. Angkat dan ke tepikan.
- UNTUK SOS : Satukan susu dan yogurt di dalam kuali. Masak sehingga pekat.
- Hidangkan daging yang telah siap dipanggang bersama sos yogurt. Hiaskan dengan salad.