Kek merupakan nadi pelengkap dan majlis perkahwinan seakan-akan tidak sempurna tanpa kek perkahwinan. Namun sebelum menempah kek, terdapat beberapa perkara yang harus anda berikan perhatian.
- Tempahan kek perlulah bersesuaian dengan lokasi majlis perkahwinan. Jika majlis dilakukan di outdoor, pastikan pilih kek yang tahan lama dan tidak mudah cair. Jangan sesekali menempah kek jenis krim, meringue atau butter cream kerana cuaca yang panas boleh mencairkan kek.
- Pemilihan warna kek yang bertepatan dengan tema dan cita rasa pastinya akan menambahkan seri dan glamor di hari bahagia anda.
- Bawa sampel lakaran yang diingini dan pastikan baker mempunyai reputasi cemerlang di kalangan pelanggan.
- Tetapkan bajet dan jangan terlalu ghairah memilih reka bentuk eksklusif sehingga akhirnya melangkaui belanjawan.
- Tentukan bilangan tetamu yang akan hadir ke majlis perkahwinan anda. Dapatkan saiz kek yang besar sekiranya bilangan tetamu melebihi 1000 orang agar setiap yang datang dapat merasai keenakannya.
- Di saran anda untuk mencuba terlebih dahulu pelbagai jenis kek yang disediakan agar menepati cita rasa.
- Kek span, kek lembab atau kek buah adalah kek yang paling popular kerana teksturnya yang sesuai untuk dekorasi. Kek aiskrim tidak digalakkan kerana khuatir akan cair kerana suhu persekitaran.
- Jika tiada bajet yang besar, kek kahwin yang ringkas sudah cukup memadai. Asalkan anda pandai menyesuaikan tema dan warna pasti menaikkan aura majlis anda.