Dalam usaha mempercepatkan pembangunan syarikat pemula yang diterajui wanita dalam industri teknologi yang pesat berkembang di Malaysia, inDrive secara rasmi telah membuka permohonan untuk Anugerah Aurora Tech 2025, sebuah inisiatif di bawah program inVision.
Anugerah ini didedikasikan bagi mengiktiraf dan menyokong pengasas syarikat pemula IT wanita di seluruh dunia. Usahawan wanita dalam industri teknologi di Malaysia digalakkan untuk memohon sehingga 21 November 2024.
Asya Vildt, Pengarah Kecemerlangan Operasi dan Kelestarian di inDrive berkata komitmen syarikat terhadap pemerkasaan wanita bukan sekadar menyediakan peluang yang sama, namun ia sahaja menyokong wanita dalam teknologi dan membuka potensi penuh inovasi.
“Usahawan wanita membawa perspektif baharu yang penting dalam menangani cabaran kompleks masa kini. Di inDrive, kami komited untuk mewujudkan peluang memperkasakan wanita untuk memimpin dalam bidang teknologi, kerana kejayaan mereka membawa perubahan positif merentasi industri dan komuniti. Anugerah Aurora Tech mencerminkan kepercayaan kami terhadap kuasa kepimpinan yang pelbagai demi membentuk masa depan yang lebih baik dan lestari,” katanya.
Dalam pada itu, Shaerine Irwina Kaur, Pengurus Komunikasi SEA di inDrive, berkata, industri teknologi di Malaysia mempunyai potensi pertumbuhan yang besar, terutamanya dengan kemajuan pesat dalam inovasi digital di pelbagai sektor.
“Pengasas wanita, khususnya, berada di kedudukan yang tepat bagi menerajui penyelesaian yang berimpak dan transformatif. Kami melihat peluang yang besar untuk mereka membawa perspektif baharu, memanfaatkan teknologi canggih, dan mengubah industri tradisional.
“Menyokong usahawan wanita melalui inisiatif seperti Anugerah Aurora Tech adalah penting, bukan sahaja dalam menangani jurang jantina, tetapi juga dalam memperkasakan mereka untuk mengembangkan usaha niaga mereka dan memberi inspirasi kepada generasi inovator akan datang. Dengan berbuat demikian, kami membina ekosistem yang lebih inklusif, dinamik, dan berdaya saing bagi memberi manfaat kepada semua pihak, di samping menggalakkan jangka panjang kelestarian dan kepelbagaian dalam landskap teknologi Malaysia,” tambahnya.
Melihat kepada ekosistem teknologi Malaysia yang terus mengalami pertumbuhan pesat, ekonomi digital negara dijangka menyumbang sebanyak 25.5 kepada kepada KDNK menjelang tahun 2025, didorong oleh kemajuan dalam pengkomputeran awan, analitik data, dan kecerdasan buatan (AI).
Ekosistem syarikat pemula Malaysia telah disenaraikan di tempat ke-36 di peringkat global, dengan hab utama seperti Kuala Lumpur muncul sebagai pusat inovasi fintech, e-dagang, dan kesihatan digital. Lebih 3,000 syarikat pemula beroperasi di Malaysia dan disokong oleh rangkaian pemangkin, inkubator, dan pelabur yang dinamik.
Meskipun kejayaan ini, wanita masih kurang diwakili dalam jawatan kepimpinan dalam sektor teknologi. Kajian inDrive pada tahun 2024 mengenai wanita dalam teknologi di Malaysia mendedahkan bahawa hanya lima peratus usahawan teknologi adalah wanita. Satu halangan besar yang dikenal pasti ialah kekurangan saluran maklumat yang berkesan mengenai kerjaya STEM dan persepsi bahawa industri ini didominasi oleh lelaki. Ramai wanita juga melaporkan tekanan yang tinggi dan persaingan dalam tenaga kerja teknologi.
Namun begitu, wanita Malaysia kini mencabar stereotaip ini di mana kajian menunjukkan bahawa pelajar dan pekerja wanita dalam syarikat teknologi memilih haluan mereka berdasarkan sebab-sebab pragmatik dan tidak dipengaruhi oleh faktor jantina. Dengan peningkatan inovasi yang diterajui wanita, penyediaan sumber, bimbingan, dan pendedahan adalah penting bagi memastikan kejayaan mereka.
Anugerah Aurora Tech 2025 memperkenalkan beberapa kemas kini bagi menyediakan lebih banyak sumber dan peluang kepada usahawan wanita di seluruh dunia antaranya peningkatan Dana Hadiah sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam industri teknologi, Proses Penilaian Diperhalusi di mana hanya 100 peserta akan dipilih untuk sesi pembentangan dan Peluang Bimbingan Diperluas di mana peserta yang disenarai pendek akan mendapat manfaat daripada program bimbingan yang dipertingkatkan.
Anugerah Aurora Tech adalah sebuah inisiatif dari inDrive, sebuah platform mobiliti dan perkhidmatan bandar global, yang bertujuan untuk menyokong dan meraikan wanita dalam teknologi. Beroperasi di 750 bandar di 46 negara serta lebih daripada 240 juta muat turun, inDrive komited untuk memupuk inovasi dan inklusiviti dalam sektor teknologi. Didorong oleh misi untuk mencabar ketidakadilan sosial, syarikat ini bertekad untuk memberi impak positif kepada kehidupan satu bilion orang menjelang tahun 2030.