Salah satu keadaan yang sering dilihat sebelum berlakunya gempa bumi apabila tikus-tikus bandar lari bertempiaran. Bandar menjadi sunyi tanpa decit bunyi sang tikus yang sentiasa menunggu di lorong-lorong kotor, mencari makanan.Ā
Bagi masyarakat barat, itu adalah dongeng dalam cerita hikayat popular mereka tapi bagi saintis perubahan tingkah laku tikus itu, ada menyampaikan makna.
Dalam sebuah artikel yang pernah diterbitkan oleh CNN dahulu,ada sesuatu yang menarik cuba disampaikan tentang bolehkah haiwan membantu kita meramal gempa bumi?
Laporan yang mengatakan bahawa haiwan peliharaan dan binatang liar lari bertempiaran sebelum berlakunya gempa bumi mencetuskan semacam jenaka.
Tetapi penyelidikan antarabangsa yang pernah dilakukan oleh sekumpulan saintis iaitu Dr. Racheal Grant, Profesor Jean Pierre Raulin dan Profesor Friedman Freund menjawab persoalan tersebut.
Itu adalah kajian pertama yang didokumentasikan tentang perubahan tingkah laku haiwan sebelum seismik yang dimuatkan di dalam Jurnal Physics and Chemistry of the Earth (2015).Ā
Kajian dimulakan dengan meletakan kamera perakam di beberapa lokasi terpilih di Taman Negara Yanachaga, Peru. Saintis yang memerhatikan tingkah laku haiwan mendapati ada perubahan tingkah laku haiwan yang berjaya direkodkan sepanjang tiga minggu sebelum gempa bumi 7 skala richter melanda Peru pada 2011.
Pada hari biasa, kamera perakam merekodkan 5-15 haiwan liar yang kelihatan berkeliaran di kawasan tersebut dalam satu-satu masa. Namun dalam tempoh 23 hari sebelum gempa bumi berlaku, saintis hanya berjaya merekodkan kurang daripada lima ekor haiwan yang kelihatan berkeliaran.
Sementara untuk tujuh atau lima hari sebelum berlaku gempa tidak ada langsung pergerakan haiwan yang berjaya dirakamkan. Kawasan Taman Negara itu seolah-olah kosong tanpa ada binatang liar. Itu bukan fenomena biasa di sebuah kawasan hutan hidupan liar!
Ion Positif
Menurut Pensyarah Haiwan dan Persekitaran Biologi, Anglia Ruskin University, United Kingdom, Dr. Racheal Grant, kajian yang dilakukan adalah untuk melihat kemungkinan ion positif dilepaskan ke udara yang dihasilkan apabila sekumpulan batu besar di bawah kerak bumi mengalami tekanan.
Kemudian, tekanan itu yang dilepaskan apabila gempa bumi berlaku. Adakah ion positif yang dilepaskan itu menjadi punca utama perubahan tingkah laku haiwan atau mempengaruhi tingkah laku?
āHaiwan tidak suka ion positif begitu juga manusia. Namun manusia tidak menunjukkannya dengan perasaan suka atau tidak tetapi lebih mempamerkan simptom-simptom buruk,ā katanya.
Tambahnya, ketidakstabilan ion positif dikenali sebagai sindrom serotonin yang mana hormon tersebut fungsinya adalah untuk mengawal mood. Sindrom serotonin akan memberikan kesan kepada manusia melalui beberapa keadaan seperti pening kepala, mual, kebimbangan dan kegelisahan.
āDari situ kami fikir, haiwan melarikan dari kawasan tersebut kerana terdapat sumber ion positif yang banyak di kawasan tersebut. Secara semula jadinya haiwan akan melarikan diri apabila berhadapan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan. Ion positif cenderung berkumpul di kawasan tanah tinggi. Dan, boleh jadi kemungkinan itu yang membawa haiwan melarikan diri ke kawasan yang lebih rendah untuk menghindari ion positif tersebut,ā penjelasan Dr. Racheal Grant.
Jauh dari ground zero
āSepanjang dua tahun menganalisis data yang dipungut bagi melihat sama ada akan berlaku gempa bumi yang besar di kawasan sekitar tapak kajian yang boleh memberikan reaksi tingkah laku haiwan yang sama. Pada mulanya saya tidak terfikir pun akan ada tindak balas daripada tingkah laku haiwan memandangkan Taman Negara tersebut terletak kira-kira 350 kilometer dari pusat gempa bumi.
āNamun setelah melihat data yang dipungut, saya agak terkejut kerana terdapat penurunan jumlah haiwan yang berada di Taman Negara sangat drastik sebelum berlaku gempa,ā ujarnya lagi.
Setiap kali perangkap kamera mengesan kehadiran haiwan, penyelidik akan merekodkan refleksi tersebut dengan gelombang radio frekuensi rendah (VLF) di atas kawasan sekitar pusat gempa bumi untuk mengesan gangguan yang terdapat di dalam ionosfera.
Setelah menunggu lama akhirnya, perubahan drastik yang dicatatkan benar-benar berlaku lapan hari sebelum gempa. Dalam pada masa yang sama kebetulan pula ketika itu terdapat penurunan aktiviti haiwan yang diperhatikan sebelum gempa bumi.
Tikus bertempiaran
Dalam banyak-banyak bintang yang terdapat di dalam hutan di kawasan kajian Dr. Racheal Grant, tikus adalah haiwan yang paling awal memberikan amaran.
āYa! Suatu yang menarik apabila tikus tanah atau rodent adalah haiwan pertama yang melarikan diri. Lapan hari sebelum gempa berlaku tidak ada seekor tikus pun yang kelihatan. Biasanya keadaan itu tidak akan berlaku terutamanya di hutan hujan tropika di mana tikus ada di merata-rata tempat. Tetapi sebelum gempa berlaku tidak ada seekor pun tikus yang kelihatan, menakjubkan.
āInilah jawapannya betulkah tikus-tikus bandar bertempiaran lari meninggalkan bandar sebelum berlakunya gempa seperti yang dikisahkan di dalam cerita dongeng. Apa yang berlaku pada haiwan itu sama dengan kisah dongeng,ā Dr. Racheal Grant.
Menurutnya, dapatan kajiannya disokong oleh kajian awal yang dilakukan di Jepun dan China bahawa tikus makmal menunjukkan masalah dengan ritma sirkadian (pola biologikal yang mengawal tidur) sebelum berlaku gempa.
Begitu juga dengan burung-burung yang tinggal di tanah atau burung yang lebih banyak tinggal di atas tanah walaupun boleh terbang seperti burung puyuh, ayam, roadrunner dan banyak lagi. Kumpulan burung itu menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih sensitif. Begitu juga dengan tenggiling yang terus lenyap beberapa hari sebelum berlaku gempa dan muncul semula setelah kejadian gempa berlaku.
Namun menurut pengkaji bersama, Profesor Friedemann Freund dariĀ Institut SETI dan Profesor Jean Pierre Raulin dari Centre of Radio Astronomy and Astrophysics Mackenzie (CRAAM) , Brazil, untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat kajian tersebut perlu membuat pemerhatian terhadap kehidupan di dalam air.
Pada masa akan datang kajian yang lebih meluas perlu dilakukan untuk meramal gempa terutamanya dengan melihat perubahan paras air tasik. Hidupan laut juga boleh menjadi penunjuk amaran gempa kerana haiwan tersebut juga sensitif dengan perubahan bahan kimia yang berlaku di dalam air.
Katanya lagi, namun untuk bergantung sepenuhnya kepada perubahan tingkah laku haiwan sebagai meramal gempa belum cukup, banyak faktor lain perlu digabungkan termasuk ukuran geofizikal.
____
Jadikan UtusanTV āshortcutā muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik āAdd to Homescreenā
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram