TUJUH lelaki bertindak samseng ditahan selepas didapati terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 1.30 tengah hari semalam.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7386
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, semakan mendapati laporan telah dibuat oleh mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun sejurus kejadian.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis D7 Ibu Pejabat Kontinjen Johor bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah membuat serbuan di Skudai dan Johor Bahru pada pukul 8 malam tadi hingga 12.30 tengah malam.
Katanya, polis berjaya memberkas tujuh lelaki tempatan berusia 25 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini.
“Turut dirampas ialah dua buah kenderaan jenis Honda Accord dan Mazda 6 bersama alat kawalan jauh, empat buah telefon bimbit dan dua batang kayu rotan.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah perselisihan faham dengan seorang suspek masih bebas disebabkan berebut tempat duduk di ruang pelepasan lapangan terbang Miri.
“Mangsa dan suspek berselisih apabila berlaku tegur-menegur antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan ringan akibat dipukul.
Semakan mendapati empat suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.
Seng Lee berkata, kesemua suspek dibenarkan reman selama empat hari sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram