KISAH perceraian selebriti diakui sering menjadi sorotan warganet. Setiap tahun, industri seni tanah air akan dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan artis.

Biarpun peminat menjadikan kehidupan rumah tangga artis sebagai contoh, namun mereka juga antara yang tidak terlepas diuji dengan dugaan sehingga memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian.

Ini rangkuman barisan selebriti dalam kategori Hot Daddy dan Hot Mommy selepas kembali solo!

Fattah Amin

Aktor berusia 34 tahun ini sah bercerai talak satu dengan pelakon Nur Fazura pada 7 November 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

 Hasil perkahwinan selama tujuh tahun, mereka memiliki seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Syamsul Yusof 

PENGARAH sensasi Syamsul Yusof menceraikan bekas isterinya, Ira Kazar pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. 

Syamsul mengakui bernikah dengan Ira di Thailand pada 6 Januari lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua pengarah filem Mat Kilau:Kebangkitan Melayu.

Menerusi perkahwinan pertama, Syamsul bercerai dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun 2023. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Aliff Aziz

Artis paling kontroversi, Aliff Aziz mendahului carta Hot Daddy pada tahun ini. Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu bercerai talak satu dengan aktres Bella Astillah pada  13 Jun 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas kantoi curang dengan beberapa orang wanita.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Hisyam Hamid 

Selepas hampir 20 tahun berkahwin, pelakon tinggi lampai iaitu Hisyam Hamid akhirnya mengaku tidak lagi bergelar suami kepada Rosmawati Hanafi.

Pelakon drama Ariana Rose itu memiliki dua orang anak iaitu Nurish Syameliah,17 dan Haydeen,15 tahun.

Sharnaaz Ahmad 

Mahligai perkahwinan Sharnaaz dan Noor Nabila hanya bertahan tiga tahun selepas mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing pada 9 Julai 2020.

Namun, mereka masih lagi mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak tunggal iaitu Jebat Jayden.

Nur Fazura  

PELAKON Nur Fazura menduduki senarai teratas bagi kategori Hot Mommy susulan berita perceraiannya bersama aktor Fattah Amin mendapat liputan meluas.

Fazura,41, dan Fattah,34 sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Hasil perkahwinan selama tujuh tahun, mereka dikurniakan anak tunggal iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Emma Maembong 

Tiada angin tiada ribut, Emma Maembong membuat pendedahan sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.

Malah, Emma turut memberitahu sudah selesai menjalani tempoh idah. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi tarikh perceraian kerana menganggap ia bukanlah berita yang membanggakan.

Sekadar info, Emma dan Shazli bernikah pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki dua orang anak lelaki iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.

Nora Danish 

Konflik rumah tangga Nora Danish,42, dan Nedim Nazri berakhir dengan perpisahan pada 19 Jun 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tujuh tahun hidup bersama, pasangan ini dianugerahkan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Menerusi perkahwinan pertama bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Nora memiliki cahaya mata lelaki, Putra Rayqal,15. 

Bella Astillah 

Selepas lama mempertahankan bahtera perkahwinan biarpun dicurangi, akhirnya Bella Astillah sah bercerai dengan Aliff Aziz pada 13 Jun 2024.

Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Puteri Sarah Liyana 

Pelakon Puteri Sarah Liyana bercerai talak satu dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Ira Kazar 

Anak kepada pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar bercerai dengan Syamsul Yusof pada 5 September 2024.

Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sehingga terjatuhnya talak. 

Perkahwinan mereka pada 6 Januari 2023 di Thailand mencetuskan kontroversi apabila ketika itu, isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana tidak bersetuju dan enggan dimadukan.