Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang lemas ketika bermandi-manda di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat. GAMBAR: JBPM

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun disahkan meninggal dunia selepas lemas ketika bermandi-manda di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 4.56 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan terdapat seorang lelaki berbangsa Melayu telah lemas dan tersepit pada batu sungai ketika bermandi-manda bersama 11 orang rakan.

“Kerja-kerja membawa mangsa naik ke atas sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa yang beralamat di Pandan Perdana itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram