Tahniah! Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) dan Politeknik Kota Kinabalu mewakili PolyCC Sabah membawa pulang satu pingat emas dan enam pingat perak dalam acara ukiran di Busan Marina Chef Challenge (BMCC), Korea Selatan yang berlangsung dari 4-6 Oktober 2024.

Pertandingan ukiran yang dianjurkan oleh Persatuan Chef Korea Selatan mendapat sokongan dari World Chef Association Community (WACS) itu, disertai oleh 5 buah negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Malaysia.

Antara kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut ialah Hot Cooking, Dislay Platted Dishes dan Ukiran Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menerusi acara ukiran individu (live), Pensyarah Sijil Kulinari (SKU) , Mohd Yusof Yaakob telah memenangi pingat emas tunggal mewakili KKBS. Manakala seorang lagi pesnyarah SKU Shamsuddin Amin dan pelajar Diploma Pengurusan Hotel, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Iskandar Jiblin telah merangkul pingat perak.

Mohd Yusof Yaakob, Firdaus Saman, Iskandar dan Shamsuddin mewakili Malaysia ke Busan Marina Chef Challenge di Korea Selatan baru-baru ini.

Untuk acara ukiran pameran individu Shamsuddin, Iskandar bersama pelajar Sijil Kulinari KKBS, Firdaus Saman telah menyumbang tiga pingat perak. Pingat perak terakhir diperolehi PolyCC Sabah dalam acara ukiran pameran berpasukan.

Cantik dan berseni, kreatif antara strategi kejayaan pasukan Malaysia.

Tegas Firdaus Saman yang pertama kali ke luar negara dan menyertai pertandingan ukiran, ia bagaikan mimpi apabila menerima tawaran KKBS untuk mewakili PolyCC Sabah, serta berjaya membawa pulang dua pingat perak menerusi acara pameran individu dan berpasukan. Kesungguhan pensyarah mengatur strategi, membuatkannya rasa bersemangat dan ternyata ia membuahkan hasil.

Firdaus Saman dengan hasil ukirannya.

Ucapan terima kasih kepada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Pengurusan KKBS dan PKK serta orang-perseoragan yang sudi memberi sumbangan bagi menerbangkan dua orang pelajar Iskandar dan Firdaus untuk menjayakan misi ke Busan ini.