PASUKAN Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang kini sedang ditugaskan di Lubnan telah diarahkan untuk sentiasa berlindung di dalam bunker (kubu) susulan serangan Israel ke atas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Naqoura, Lubnan.
Memetik laporan Astro Awani, MALBATT telah diarah untuk tidak lagi melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan pegawai dan anggota pasukan berkenaan yang sedang bertugas dalam misi pengaman di bawah UNIFIL.
Menurut Mohamed Khaled, anggota MALBATT berada di dalam bunker sekitar 12 ke 13 jam sehari.
Walaupun keadaan tegang, namun beliau memaklumkan keputusan sama ada untuk membawa pulang pasukan MALBATT itu hanya akan diputuskan UNIFIL secara bersama.
Pada masa sama, katanya, Kementerian Pertahanan sentiasa memantau keadaan pasukan MALBATT.
“Mereka sentiasa ada dalam bunker. Satu jangka masa berada di dalam bunker sekitar 12-13 jam. No activity tetapi UNIFIL masih belum buat keputusan sama ada untuk (MALBATT) dipindahkan.
“Kita dalam sehari tiga hingga empat kali dapat laporan. Kita sedang teliti, memang kita tidak nafikan pihak Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah melakukan provokasi kepada pasukan Ireland berdekatan sempadan Lubnan.
Baca artikel lain: Keputusan bawa balik MALBATT tertakluk kepada UNIFIL
“Pasukan kita atas sikit, jadi kita tunggu keputusan bersama,” katanya.
Israel telah meningkatkan kekerapan serangan di Lubnan sejak minggu lalu dan terbaharu, dua anggota pengaman Indonesia yang bernaung di bawah UNIFIL cedera dalam serangan Israel.
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengesahkan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontinjen Indonesia di Naqoura pagi Khamis.
Terdahulu, Kementerian Luar Indonesia mengumumkan memindahkan 65 warganya dari Lubnan susulan serangan udara Israel di negara itu.
Menurut Judha Nugraha, pengarah perlindungan warga kementerian berkenaan, 25 daripada mereka yang dipindahkan telah pulang ke tanah air, manakala selebihnya mendarat di Amman, Jordan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram