SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan kawasan rehat dan rawat (R&R) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Baginda bertitah keperluan R&R di lebuh raya berkenaan penting untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna sekali gus mengelak masalah pembuangan sampah serta kekotorn di pinggir jalan akibat ketiadaan kemudahan tandas.
“Keputusan untuk tidak melaksanakan satu daripada komponen penting dalam projek lebuh raya itu dilihat akan menyukarkan usaha penyelesaian beberapa isu berkaitan antaranya, keperluan asas orang ramai yang menggunakan lebuh raya berkaitan,” titah baginda dalam laman Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda berharap pihak berkaitan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk meneruskan pembinaan infrastruktur berkenaan bagi kepentingan orang ramai terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Baca artikel lain: Pahang negeri terbaharu putuskan pengikut GISBH menyeleweng, sesat
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang telah membuat permohonan R&R dapat dibina di LTU (dalam daerah Bentong) bagi memberi kemudahan kepada pengguna.
Bagaimanapun, R&R tersebut tidak diteruskan dengan alasan kos pembinaan mencecah dua kali ganda daripada kos asal walaupun ia berada dalam skop projek dan hanya penyediaan platform serta infrastruktur sahaja yang dilaksanakan.
Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Ahli Parlimen Pahang untuk membangkitkan isu pembinaan R&R berkenaan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram