SEORANG bekas pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi dan menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek daripada jabatan berkenaan.
Sumber SPRM berkata kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 20an hingga 50an itu ditahan pada 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari 2021 hingga 2024.
“Bekas pegawai kanan tersebut disyaki menerima kira-kira RM50,000 tunai secara berperingkat daripada suspek kedua iaitu pengarah sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan tiga projek untuk syarikat berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Berikutan itu, sumber berkenaan berkata kedua-dua suspek direman enam hari hingga Isnin selepas permohonan dilakukan SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
—BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram