YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan Seri Paduka di sebuah restoran di Kuala Lumpur, hari ini.  GAMBAR: Facebook rasmi Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan Seri Paduka di sebuah restoran di Kuala Lumpur, hari ini. 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra bersama rakyat. 

Dalam suasana penuh mesra, Sultan Ibrahim turut berkenan bergambar bersama rakyat. 

“Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka baginda,” menurut hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Agong perkenan lantikan dua perwakilan diplomatik baharu – Kementerian Luar

Selepas selesai menikmati santapan pagi, Yang di-Pertuan Agong kemudiannya turut berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaran sekitar ibu kota. 

“Seri Paduka amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam. 

“Ia sejajar dengan usaha memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram