Anwar buat pemeriksaan mengejut ke atas stesen minyak

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar percaya usaha menambah baik kemudahan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, (Putrajaya) termasuk daripada segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

“Saya percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran itu, Anwar berkata walaupun keadaan jauh lebih baik ketika ini, Petronas harus meningkatkan lagi mutu pengurusan termasuk kemudahan surau kerana ia digunakan oleh jutaan rakyat.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This