YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa untuk memasak menu istimewa kari daging Jepun untuk dijamu bersama kakitangan baginda.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka menunjukkan skil memasak kari daging Jepun yang menggabungkan rempah dan bahan tradisional Jepun serta sentuhan tempatan.
Gabungan antara Jepun dengan sentuhan tempatan itu menjadikannya hidangan yang menyelerakan.
Baca artikel lain: Agong berkenan nikmati santapan pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota
Dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka memasak sambil berinteraksi bersama kakitangan yang turut menyaksikan kemahiran baginda menyediakan menu berkenaan.
“Seri Paduka kemudian menikmati menu berkenaan dalam santapan petang bersama kakitangan baginda.
“Memasak merupakan antara hobi kegemaran Seri Paduka dan Sultan Ibrahim juga berkemahiran menyediakan pelbagai menu masakan,” menurut hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram