Antara amalan penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum mengambil makanan di waktu pagi. Saidatina Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa,
“Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah suka minuman manis dan sejuk”
Hadis ini menggambarkan bahawa Baginda s.a.w. menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Malah di dalam suatu doa Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang bermaksud,
“Ya Allah! kurniakanlah aku dengan cinta Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak, dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam bekas. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan.
Ini sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota tubuh badan.
Adab meminum air
Pertama: Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
Kedua: Bacalah Basmallah sebelum minum air.
Ketiga: Minum dengan kiraan tiga nafas
Keempat: Minum dalam keadaan duduk.
Kelima: Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
Keenam: Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah ‘Alhamdulillah’.
Ketujuh: Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
Kelapan: Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Hendaklah mengambil masa dua ke tiga minit untuk menghilangkan peluh.
Khasiat madu dan air sejuk
Pertama: Menghilangkan ‘balqham’ (kahak atau lender)
Kedua: Mencuci perut
Ketiga: Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
Keempat: Menghapuskan sukatan dalam usus serta menghilangkan senak perut dan sedu
Kelima: Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
_______________________________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram