BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke Little India, Brickfields malam tadi bagi meninjau persiapan sambutan Hari Deepavali yang akan disambut oleh komuniti Hindu di seluruh negara.
Beliau disambut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan pemilik kedai Bollywood, Datuk Mohammad Rafi yang meluangkan masa kira-kira sejam melawat kedai menjual pakaian Bollywood dan Raaji Silk Palace di Little India.
“Setiap kali musim perayaan Hari Deepavali, saya pasti akan berkunjung ke Little India bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan sambutan Deepavali yang akan disambut esok.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu di seluruh negara. Raikan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.” kata beliau.
Ismail Sabri menambah, pengunjung yang hadir hari ini terdiri daripada pelbagai kaum, melambangkan semangat Keluarga Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram