E-sports boleh menjadi satu ekosistem ekonomi yang mampu memangkin kerjaya dan kemahiran seseorang.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, ia bukan sekadar permainan bersuka ria seperti mana yang sering dilihat oleh masyarakat.
Jelasnya, jika dilatih dengan betul dan mengikuti setiap perancangan, selain dibantu pula oleh kerajaan melalui suntikan dana Malaysia mampu melahirkan pemain e-sports yang bertaraf antarabangsa.
“Apabila bercakap tentang orang muda, pasti tidak boleh lari dengan aktiviti e-sports. Minat dan tarikan yang kuat pada e-sports tidak boleh disangkal lagi.
Baca artikel lain: Perkongsian pembelajaran dalam kalangan OIC pacu gelombang transformasi digital – Fahmi
“Ini telah terbukti apabila anak tempatan, pasukan Selangor Red Giants (SRG) berjaya menjadi juara Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh pada Julai lalu.
“Kini fokus tertumpu kepada Kejohanan Dunia MLBB (M6) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada November nanti. Semoga Malaysia dapat menempa lebih banyak kejayaan dalam e-sports selepas ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

