PENGASAS Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, mereka dirakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung kerugian besar pelaburan Fashion Valet membabitkan dana awam.
Katanya seperti dilapor Berita Harian, dua individu berkenaan antara antara enam yang dirakam percakapan susulan pengawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam.
Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam Fashion Valet berjumlah RMRM43.9 juta.
Baca artikel lain: Pertambahan peruntukan penyakit jarang jumpa diharap bantu rawatan hemofilia
Semalam, pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat Fashion Valet dikaitkan.
Menurut sumber, selain Fashion Valet, turut diserbu secara serentak adalah Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB.
Siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, MoF memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam Fashion Valet, kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet.
Sebelum ini, dalam kenyataan bersama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Vivy dan suami, mereka memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB serta Khazanah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram