Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). GAMBAR: Abd Razak Aid

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Berita Harian melaporkan, proses merekod keterangan itu dilaporkan bermula pukul 10 pagi.

Menurut sumber, proses bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM mengambil keterangan pasangan itu di lokasi sama selepas mereka hadir pada pukul 2.30 petang dan selesai pada pukul 10 malam.

Baca artikel lain: Kerajaan perkenal 2 dana baharu bantu PKS, MTC dan tarik FDI berkualiti tinggi – MITI

Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Vivy dan Fadzaruddin antara enam individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam.

Pegawai penyiasat SPRM turut menyerbu pejabat FashionValet yang dikaitkan, selain Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram