DUA pengawal keselamatan direman selama empat hari selepas sebuah beg mengandungi wang tunai berjumlah RM1 juta dilaporkan hilang di Ampang Point, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 52 dan 38 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada pukul 10 malam semalam, bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua tangkapan adalah negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Mereka telah dibenarkan tahanan reman oleh Mahkamah Ampang selama empat hari sehingga Ahad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam yang telah menemui semula beg mengandungi wang tunai itu pada pukul 9.20 pagi tadi.
Katanya, beg tersebut didakwa dijumpai berdekatan kawasan Ampang Point.
Pemeriksaan yang dijalankan ke atas beg mengesahkan adalah milik syarikat keselamatan terbabit dan mengandungi wang tunai sebanyak RM1,071,000.
Mohd Azam berkata, siasatan lanjut masih dijalankan oleh polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram