Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail GAMBAR: Abd Razak Aid

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan kononnya 1.2 juta pelancong rakyat China masuk ke Malaysia dan tidak keluar semula.

Sebaliknya beliau berkata jumlah pelancong republik itu dengan pas lawatan sosial yang masih berada dalam negara ini adalah seramai 84,817 orang dengan jumlah ketibaan pelancong China bagi tempoh 1 Jan 2018 hingga 30 Nov lepas adalah seramai 8,491,653 orang dan pelepasan keluar 8,012,294 orang.

Beliau berkata baki 479,359 orang tidak keluar dari Malaysia merangkumi individu dengan pas jangka panjang seramai 129,005, diusir atas kesalahan di bawah akta tertentu seramai 5,359 dan permohonan pas khas berjumlah 141,783 selain individu yang berada dalam Depoh Tahanan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Jadi jumlah individu dengan pas lawatan sosial yang belum keluar (dari Malaysia) adalah 84,817 daripada sejumlah 8,491,653 jumlah ketibaan.

“Jadi kita hentikanlah dakwaan 1.2 juta ini tak keluar ini, dakwaan KDN luluskan warganegara secara borong…itu fitnah yang sangat dahsyat…lebih baik hentikanlah,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) di Dewan Rakyat, hari ini.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram