Rakaman penunggang motosikal digilis lori selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Johor Bahru – Air Hitam.

SEORANG penunggang motosikal maut digilis lori selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, arah Johor Bahru, pukul 8.05 pagi tadi.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/7684

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa, seorang lelaki berusia 41 tahun telah terlanggar cermin sisi kiri sebuah kereta yang sedang dipandu di lorong kanan sebelum motosikal hilang kawalan.

“Mangsa kemudian telah terjatuh ke bawah sebuah lori yang sedang bergerak di lorong tengah dan digilis oleh tayar belakang sebelah kanan lori terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ong Jin Siong di talian 011-16490168.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram