Umbut tepus atau tuhau sangat popular di kalangan masyarakat Kadazan Dusun dan Iban di Sarawak mahupun Sabah. Pokok tepus hidup liar di kawasan hutan dan pokoknya seakan pokok bunga kantan.
Pokok tepus baunya lebih kuat dan umbut sedap di buat ulam atau boleh dimasak gulai. Jom kita cuba menu yang dikongsikan oleh Emlyda ini, Tempoyak Goreng Pusuk Umbut Tepus. Pusuk dalam bahasa Sarawak ialah ikan bilis.
TEMPOYAK GORENG PUSUK UMBUT TEPUS
BAHAN:
300 gm isi tempoyak
1 cawan ikan bilis
2 tangkai cili merah – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 batang umbut tepus – hiris kasar
Sedikit gula dan garam
Minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN :
1.Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2.Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga garing.
3.Masukkan tempoyak dan kacau sehingga likat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4.Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaul sebati. Hidangkan bersama umbut tepus, mengikut cita rasa anda.