SEBUAH treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa muatan kereta kebal dilaporkan terbabas di Kilometer (KM) 35.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.48 petang tadi.
“Maklumat kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak
“Maklumat awal kemalangan di KM 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.
“Lorong kanan arah barat dan lorong kanan arah timur terhalang. Trafik perlahan”.
Pihak LLM turut menasihati pengguna jalan raya agar fokus dan berhati-hati ketika memandu.
Sebelum itu tular video dan gambar memaparkan treler milik ATM membawa muatan dua kereta kebal terbalik di atas permukaan jalan basah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram