Yamaha 16 edisi khas 6MR0. GAMBAR: Hafiz Aiman

HONG Leong Yamaha Motor buat julung kalinya melancarkan muzium motosikal pertama di Malaysia dikenali sebagai Space Y, hari ini.

Muzium unik ini memberikan peluang buat peminat motosikal untuk meneroka sejarah dan inovasi Yamaha Motor selain membawa peminat dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam menyelami evolusi motosikal.

Space Y juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai Muzium Motosikal Pertama Malaysia, melambangkan komitmen lama Yamaha Motor untuk merintis pengalaman motor di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Jim Khor berkata, pihaknya berbangga kerana telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records buat kali keenam.

Space Y yang bertempat di dalam ibu pejabat Yamaha Motor Lifestyle Station di Sungai Buloh ini dibina dengan keluasan ruang 9,000 kaki persegi dengan menampilkan pameran seperti sejaran dan perlumbaan, terowong inovasi, ruang interaktif, ruang tayang dan kedai Space Y.

Muzium ini dibuka kepada umum dan masuk adalah percuma sehingga 31 Disember 2024 serta beroperasi dari Isnin-Jumaat (10 pagi – 5 petang), dan Sabtu berselang setiap bulan (10 pagi – 4 petang).

100 pengunjung terawal pada 9 November akan menerima kopi dan kempen servis percuma Yamaha.

Hong Leong Yamaha Motor juga meraikan sebuah lagi pencapaian yang bermakna iaitu pengeluaran motosikal yang keenam juta di Malaysia.

“Pengeluaran unit ke-5 juta sebelum ini merupakan pencapaian membanggakan buat kami, yang mampu dicapai dalam 46 bulan.

“Namun, dengan meraikan pencapaian ke-enam juta ini pula (6MRO, Six Million Roll-Out), ia dicapai dalam masa lebih singkat iaitu dalam hanya 37 bulan.

“Dalam perjalanan kami menuju pengeluaran unit ke-enam juta ini, kami memberi tumpuan kepada melaksanakan Revolusi Industri 4.0 dan pendigitalan dalam semua urusan syarikat,” kata Datuk Jim Khor.

Malah, bagi meraikan pecapaian ini, sebuah model Yamaha 16 edisi khas 6MR0 turut dilancarkan malam ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram