Pasangan pengasas FashionValet tiba di Ibu Pejabat SPRM, hari ini. GAMBAR: BERNAMA

PASANGAN pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung memberikan keterangan hari ini.

Kenderaan membawa pasangan pengasas itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9.14 pagi.

Hari ini memasuki hari keempat proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Baca artikel lain: Kontroversi FashionValet: SPRM kesan tranksaksi mencurigakan – Azam

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata ia melibatkan transaksi yang dilakukan kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet sejak 2018 hingga tahun lepas.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 November lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram