SEBANYAK 400 keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40) di sekitar Terengganu telah menerima bantuan bakul makanan yang disumbangkan Yayasan Bank Rakyat (YBR), hari ini.
YBR dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak RM60,000 telah diperuntukkan bagi semua penerima dengan setiap keluarga masing-masing memperoleh bantuan berjumlah RM150.
Menurut YBR, sumbangan bakul makanan itu diserahkan semasa Majlis Penyampaian Ihsan MADANI di Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin.
Turut hadir, Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Baca artikel lain: YBR, Yayasan Tuanku Syed Putra komited tingkat tahap pendidikan pelajar Perlis
Sementara itu, Faizah memberitahu, sumbangan bantuan kali ini memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan khususnya keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.
Katanya, YBR berharap bantuan itu menjadi medium efisien dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas harian kepada anak-anak.
“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung serta sebagai tambahan daripada bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.
“Kami di YBR sentiasa cakna dalam membantu masyarakat dan amat mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang sudi untuk berganding bahu dalam menyalurkan bantuan ini supaya dapat diperluas dan lebih ramai merasai manfaat,” katanya.
Tahun ini, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama daripada kalangan B40.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram