POLIS menerima satu laporan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan parah kepada seorang pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dilaporkan berlaku pada 21 Oktober lepas.
Dalam kejadian yang berlaku pada 10.45 malam tersebut di tepi padang kawad, pelajar berumur 19 tahun itu dilaprokan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih Tahun 3.
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sambil menambah polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8 Nov, 8.40 malam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan cedera parah.
“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Bernama melaporkan tular di laman sosial X apabila seorang wanita mempersoalkan kewajaran tindakan mahasiswa UPNM yang didakwa membuli selain mendakwa adik saudaranya dipijak hingga patah tulang rusuk.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin menegaskan kejadian berkenaan tidak wajar, malah merosakkan imej UPNM dan institusi pendidikan tinggi.
“Susulan laporan polis yang dibuat, Kementerian Pertahanan menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menyempurnakan siasatan,” katanya.
Beliau mengulangi pendirian pihaknya akan memberi sepenuh kerjasama dan perhatian dalam perkara itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram