PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama tersohor yang juga bekas Mufti Mesir, Syeikh Prof Ali Jum'ah, hari ini. GAMBAR: Pejabat Perdana Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama tersohor yang juga bekas Mufti Mesir, Syeikh Prof Ali Jum’ah, hari ini.

Pertemuan itu berlangsung setibanya Anwar di Kaherah, Mesir sebaik tiba dari Riyadh, Arab Saudi.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan, beliau membincangkan soal ikhtiar kerajaan MADANI untuk terus meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul dengan Syeikh Prof Ali Jum’ah.

Katanya, ia menerusi pengajian tradisi turath dan penterjemahan karya-karya ilmiah di khalayak masyarakat.

“Sejurus tiba dari Riyadh, saya terus mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir, Syeikh Prof Ali Jum’ah.

Baca artikel lain: PM gesa rakyat jadikan Malaysia negara MADANI berpaksikan kekuatan Islam

“Beliau juga merupakan Ketua Lajnah Agama dan Wakad di Parlimen Mesir,” katanya dalam hantaran tersebut.

Anwar turut mengundang Syeikh Prof Ali Jum’ah untuk sekali lagi menziarahi Malaysia dalam masa terdekat.

“Ia bagi meneruskan pengajaran turath Islami yang sedang giat digerakkan oleh kerajaan termasuk melalui penganjuran Majlis Sama’ Hadis Shahih Bukhari yang sedang berlangsung kini di Putrajaya,” katanya.

Syeikh Prof Ali Jum’ah pernah hadir ke Malaysia pada Mei lalu bagi menghadiri beberapa majlis termasuk Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram