Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini hingga 19 Nov.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan ia merupakan lawatan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara pada 2024 selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UAE pada Oktober tahun lepas.

“Ia menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan dan memupuk kerjasama dalam pelbagai sektor yang memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua negara, sejak hubungan dua hala dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada September 2022,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Zahid akan diiringi pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan serta wakil daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Semasa lawatan, Ahmad Zahid dijadualkan terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi, tertumpu kepada pengukuhan kerjasama dua hala dengan penekanan khusus kepada sektor utama seperti inudstri halal, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kecerdasan buatan (AI).

“UAE juga ialah rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dari rantau Asia Barat,” menurut kenyataan itu.

Dari Januari hingga September tahun ini, jumlah dagangan antara Malaysia dan UAE meningkat sebanyak 16.03 peratus kepada RM32.85 bilion (US$7.5bilion) berbanding RM28.31 bilion (US$6.5 bilion) bagi tempoh sama pada 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare