PERSATUAN Usahawan India Muslim Negeri Johor akan dipanggil esok bagi memberi penjelasan berhubung cadangan persatuan itu untuk menaikkan harga makanan sekurang-kurangnya lima peratus mulai tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada persatuan berkenaan untuk menjelaskan sebab cadangan kenaikan harga itu mengikut Seksyen 21.2 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Baca artikel lain: Pelajar berasa khayal lepas hisap vape, jatuh tingkat satu bangunan sekolah
“Oleh kerana persatuan ini baru sahaja membuat pengumuman untuk tahun hadapan, kita bertindak proaktif kerana kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan,” katanya.
Justeru, beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis dan mengambil tindakan di bawah Ops Kesan 2.0 untuk memastikan kenaikan harga hanya dibuat berdasarkan kos sebenar yang relevan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare